Monday, May 07, 2012

Cute Shawl :D

Assalamualaikum blogger..
Hah hari ni eina happy sangat sebab shawl yang eina beli dah dapat.. thank you kepada si penjual tudung secara online.. Eina bukan gila beli barang online ke apa tapi eina memang berkenan sangat dan tak semua tempat jual apa yang kita nak kan? Dari eina beli sehelai-sehelai baik beli secara borong.. Rasa puasnya, bak kata mama eina "Pakai puas-puas yek?".. Yes mum akak akan pakai semuanya. Mana warna yang xde padanan dengan baju, eina akan beli bajunya nanti.. hahaha gila tak gila lah kan.. taknak banyak cerita.. nak kongsi 19 helai shawl cute dengan 4 corak yang berlainan..


Ni 19 helai shawl yang baru dapat tadi :)



Ni 6 helai shawl 2 tone colour..
Paling eina suka :)



Ni 5 helai pattern corak polka dots besar 
ni pon cantik sebab corak besar



Ni pula 5 helai corak polka dots bersama bunga..
not bad lah kan..



dan yang terakhir 3 helai polka dots bercorak kecik..

Cantikkan semuanya.. kalau korang nak juga bola layari facebook TudungGlamour bukan setakat shawl je.. Tudung ariani dengan pelbagai corak dan macam lagi jenis tudung lah.. eina hanya berkongsi.. babai kalian
Wassalam :)

Sunday, May 06, 2012

JuJur Aku Setia


SINOPSIS

Pulangnya Raniya dari London ke Malaysia hanya untuk merawat hati. Di rumah tok wan dan tok mama dia menumpang kasih menumpang kasih. Dia mahu melupakan sejarah cinta yang tidak kesampaian. Namun, hidupnya jadi haru-biru apabila Hardy cuba merampas kasih sayangnya terhadap kedua-dua orang tua itu. Bertekak siang malam dan bermasam muka untuk menentukan siapa yang berhak menjaga mereka sudah menjadi mainan hidup.

Tanpa sedar, ada perasaan halus berputik di hati masing-masing. Bunga-bunga cinta mula berkembang. Apabila berjauhan, seorang merindu dan seorang lagi menanti kepulangan. Ah, itu cuma mainan perasaan! Mana mungkin mereka jatuh cinta?

Makin cuba ditepis perasaan kasih, makin ia bercambah di jiwa. Hardy akur, dia juga pernah putus cinta. Untuk menambat hati Raniya bukannya mudah. Gadis itu jinak-jinak merpati. Luaran nampak lembut, tetapi dalaman sangat keras hati.

Kelu lidah Raniya untuk berbicara tatkala lelaki itu berani mengucapkan kata sayang kepadanya. Dia boleh terima ucapan keramat itu, tetapi siapa Fasya di hati Hardy?

Itulah serba sedikit sinopsisnya.. kalau nak tahu lebih lanjut, beli dan baca lah sehingga habis.. babai kalian :)