Friday, August 03, 2012

Tawaran Kerja ^.^

Assalamualaikum blogger sekalian..
Dah lama bersarang diari eina ni..
Almaklum la busy sikit sebulan dia ni..
Mana taknya, dengan seminar dan konvo lg.. So agak terhad masa untuk update..


Okay lah berbalik pada tajuk, alhamdulillah dgn berkat dan usaha walaupun kadang2 malas nak pergi kerja ( yelah mana taknya part timer kot tp kerja macam dah jadi staff kt situ)
Akhirnya eina ditawarkan menjadi staff di tempat praktikal dulu.. Yelah mula praktikal lepas tu part timer then staff.. ;)

1st August tarikh keramat aku bermula sebagai staff di situ.. Bulan yg sama aku dilahirkan( senang sikit nak ingatkan ;D )
Okay lah kan dari takde kerja langsung dan nak menunggu dapat kerja kerajaan baik terima..

So perkara gembira untuk bulan ni dan untuk diari bulan baru..
Ingatlah apa2 pun yang kita terima harus kita gembira dan bersyukur..

Salam dari saya..
Sahabat berkongsi segalanya

Sunday, June 24, 2012

Coretan Special Bulan Jun :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
hai dah bersarang rasanya blog ni, abis sume habuk nampak hehe..
Disebabkan bulan yg sangat busy, busy kerja dah tentu lah kan..
Eina juga tolong untuk majlis perkahwinan abang my bf..
Mengalahkan i pula tuan rumahkan.. hehe
ook baca lah coretan yg simple-2 dari eina ni okay :)

2-3 Jun, Pagi sabtu bertolak ke Temerloh untuk persiapan majlis nikah alang pada keesokkan hari nya.. eina plak yg sibuk-2 kan.. hehe orang dah ajak saya pergi jelah.. kami menginap di Hotel Green Park, not bad la hotelnya cuma pengurusan agak lambat.. Malam tu kami makan steamboat di Rest House Termerloh.. Memang terbaik lah steambotnya..
              Pagi ahad kami semua bergerak ke Kuala Krau untuk Majlis pernikahan dan resepsi di sebelah pihak perempuan.. agak happening jugak walaupun nampak ada sedikit kelam kabut.. pengantin pun ada juga ragamnya taw.. so ape lg untuk sedikit pictures untuk hidangan mata kalian.. sudi2 kan lah yer :)

gambar bersama pengantin lelaki dan kaum keluarga :) 
( nampak tak sy disitu,hehe)

majlis batal air sembahyang dan sarung cincin

setelah diijab kabul bersama ibu ayah pengantin lelaki :)

nilah pengantinnya.. comelkan :)

di atas pelamin utk semua ahli keluarga pihak lelaki...

Majlis memotong kek :)


9-10 Jun, ni minggu berikutnya... segala persiapan di rumah pihak lelaki telah siap semuanya tetapi pada 9 hari bulan baru memasang pelamin, biasalah pelamin buat sendiri tak perlu buat awal-2.. Pelamin ni juga request dari pengantin lelaki.. so mak pon buat ikut apa yg alang nak asal alang puas hati.. ( hari bahagia mesti nak yg the best :D )..
               Hari ahadnya bermula lah kepenatan untuk semua seisi keluarga di rumah termasuklah eina.. Pukul 9 pagi kumpulan marhaban yg di jemput telah hadir..( mestilah ada alunan keislaman sebelum majlis bermula).. Sekitar pukul 12 para tetamu sudah memenuhi khemah makan, kami pon sibuk agihkan goodies untuk para tetamu sebelum keluarga pihak perempuan datang dan pengantin berarak..( iyelah kena jadi pengapit pula semasa pengantin bersanding ) So tgk jelah majlis untuk rumah pihak lelaki pula :)

Ni lah pelamin 1 family buat :)

marhaban.. ( yg tgh-2 ada nampak reben tulah mak pengantin :D )

sebelum berarak.. ( tengok lah siapa pengapitnya :D )

pengantin kali ke-2 berarak :)

ni keluarga sebelah pihak perempuan pula :)

yeay ! makan beradab.. kenapa muka kak lela begitu? hehe

Majlis memotong kek :)

Salah satu photoshoot outdoor.. comey :)

Nilah yang specialnya.. best sangat kendalikan wedding time, lebih-2 lagi family eina dah lama takde majlis wedding-2 ni.. ada pakcik yang bujang pun tak tau bila nak tambahkan keturunan.. So harap tumpang orang punya jela kan.. Apa-2 pun tetap happening, eina pula yg rasa tak sabar nak kahwin.. bakal suami pun tgh cari duit so harap bersabar la :) wassalam