Tuesday, October 30, 2012

Jalan Raya

Assalamualaikum hai blogger,
Dah lama tak tengok diari kesayangan ni.. Dah berhabuk buku den ni 😄..

Okay tak nak banyak cakap sangat, so kita terus story.. Raya AidilAdha tahun ni macam biasa lah semestinya balik kampung kan? Melainkan yg kampungnya mmg kat KL😄..

Alhamdulillah tahun ni dapat beraya sama seperti waktu AidilFitri yg lepas, semua saudara mara balik.. Dapat tengok korban lembu.. Mmg happening sgt lah..

Hari seterusnya perancangannya keluar berjalan lah bersama saudara maraku yg tersayang.. Senang cerita tengok jela gambar2 yg di paparkan..

Let's watch


With my crazy cousin




With my lovely sis



Jalan Kota



Style kan :)



Taman Bunga



Jom naik jet ;)



Sampai terus ke sini



Kereta bomba lama



Batu Belah Batu Bertangkup, hehe























Yg selebihnya tak tahu lah plak nk caption ape kan.. Hehe tq for enjoy my story.. Assalamualaikum :)

Friday, August 03, 2012

Tawaran Kerja ^.^

Assalamualaikum blogger sekalian..
Dah lama bersarang diari eina ni..
Almaklum la busy sikit sebulan dia ni..
Mana taknya, dengan seminar dan konvo lg.. So agak terhad masa untuk update..


Okay lah berbalik pada tajuk, alhamdulillah dgn berkat dan usaha walaupun kadang2 malas nak pergi kerja ( yelah mana taknya part timer kot tp kerja macam dah jadi staff kt situ)
Akhirnya eina ditawarkan menjadi staff di tempat praktikal dulu.. Yelah mula praktikal lepas tu part timer then staff.. ;)

1st August tarikh keramat aku bermula sebagai staff di situ.. Bulan yg sama aku dilahirkan( senang sikit nak ingatkan ;D )
Okay lah kan dari takde kerja langsung dan nak menunggu dapat kerja kerajaan baik terima..

So perkara gembira untuk bulan ni dan untuk diari bulan baru..
Ingatlah apa2 pun yang kita terima harus kita gembira dan bersyukur..

Salam dari saya..
Sahabat berkongsi segalanya

Sunday, June 24, 2012

Coretan Special Bulan Jun :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
hai dah bersarang rasanya blog ni, abis sume habuk nampak hehe..
Disebabkan bulan yg sangat busy, busy kerja dah tentu lah kan..
Eina juga tolong untuk majlis perkahwinan abang my bf..
Mengalahkan i pula tuan rumahkan.. hehe
ook baca lah coretan yg simple-2 dari eina ni okay :)

2-3 Jun, Pagi sabtu bertolak ke Temerloh untuk persiapan majlis nikah alang pada keesokkan hari nya.. eina plak yg sibuk-2 kan.. hehe orang dah ajak saya pergi jelah.. kami menginap di Hotel Green Park, not bad la hotelnya cuma pengurusan agak lambat.. Malam tu kami makan steamboat di Rest House Termerloh.. Memang terbaik lah steambotnya..
              Pagi ahad kami semua bergerak ke Kuala Krau untuk Majlis pernikahan dan resepsi di sebelah pihak perempuan.. agak happening jugak walaupun nampak ada sedikit kelam kabut.. pengantin pun ada juga ragamnya taw.. so ape lg untuk sedikit pictures untuk hidangan mata kalian.. sudi2 kan lah yer :)

gambar bersama pengantin lelaki dan kaum keluarga :) 
( nampak tak sy disitu,hehe)

majlis batal air sembahyang dan sarung cincin

setelah diijab kabul bersama ibu ayah pengantin lelaki :)

nilah pengantinnya.. comelkan :)

di atas pelamin utk semua ahli keluarga pihak lelaki...

Majlis memotong kek :)


9-10 Jun, ni minggu berikutnya... segala persiapan di rumah pihak lelaki telah siap semuanya tetapi pada 9 hari bulan baru memasang pelamin, biasalah pelamin buat sendiri tak perlu buat awal-2.. Pelamin ni juga request dari pengantin lelaki.. so mak pon buat ikut apa yg alang nak asal alang puas hati.. ( hari bahagia mesti nak yg the best :D )..
               Hari ahadnya bermula lah kepenatan untuk semua seisi keluarga di rumah termasuklah eina.. Pukul 9 pagi kumpulan marhaban yg di jemput telah hadir..( mestilah ada alunan keislaman sebelum majlis bermula).. Sekitar pukul 12 para tetamu sudah memenuhi khemah makan, kami pon sibuk agihkan goodies untuk para tetamu sebelum keluarga pihak perempuan datang dan pengantin berarak..( iyelah kena jadi pengapit pula semasa pengantin bersanding ) So tgk jelah majlis untuk rumah pihak lelaki pula :)

Ni lah pelamin 1 family buat :)

marhaban.. ( yg tgh-2 ada nampak reben tulah mak pengantin :D )

sebelum berarak.. ( tengok lah siapa pengapitnya :D )

pengantin kali ke-2 berarak :)

ni keluarga sebelah pihak perempuan pula :)

yeay ! makan beradab.. kenapa muka kak lela begitu? hehe

Majlis memotong kek :)

Salah satu photoshoot outdoor.. comey :)

Nilah yang specialnya.. best sangat kendalikan wedding time, lebih-2 lagi family eina dah lama takde majlis wedding-2 ni.. ada pakcik yang bujang pun tak tau bila nak tambahkan keturunan.. So harap tumpang orang punya jela kan.. Apa-2 pun tetap happening, eina pula yg rasa tak sabar nak kahwin.. bakal suami pun tgh cari duit so harap bersabar la :) wassalam





Monday, May 07, 2012

Cute Shawl :D

Assalamualaikum blogger..
Hah hari ni eina happy sangat sebab shawl yang eina beli dah dapat.. thank you kepada si penjual tudung secara online.. Eina bukan gila beli barang online ke apa tapi eina memang berkenan sangat dan tak semua tempat jual apa yang kita nak kan? Dari eina beli sehelai-sehelai baik beli secara borong.. Rasa puasnya, bak kata mama eina "Pakai puas-puas yek?".. Yes mum akak akan pakai semuanya. Mana warna yang xde padanan dengan baju, eina akan beli bajunya nanti.. hahaha gila tak gila lah kan.. taknak banyak cerita.. nak kongsi 19 helai shawl cute dengan 4 corak yang berlainan..


Ni 19 helai shawl yang baru dapat tadi :)



Ni 6 helai shawl 2 tone colour..
Paling eina suka :)



Ni 5 helai pattern corak polka dots besar 
ni pon cantik sebab corak besar



Ni pula 5 helai corak polka dots bersama bunga..
not bad lah kan..



dan yang terakhir 3 helai polka dots bercorak kecik..

Cantikkan semuanya.. kalau korang nak juga bola layari facebook TudungGlamour bukan setakat shawl je.. Tudung ariani dengan pelbagai corak dan macam lagi jenis tudung lah.. eina hanya berkongsi.. babai kalian
Wassalam :)

Sunday, May 06, 2012

JuJur Aku Setia


SINOPSIS

Pulangnya Raniya dari London ke Malaysia hanya untuk merawat hati. Di rumah tok wan dan tok mama dia menumpang kasih menumpang kasih. Dia mahu melupakan sejarah cinta yang tidak kesampaian. Namun, hidupnya jadi haru-biru apabila Hardy cuba merampas kasih sayangnya terhadap kedua-dua orang tua itu. Bertekak siang malam dan bermasam muka untuk menentukan siapa yang berhak menjaga mereka sudah menjadi mainan hidup.

Tanpa sedar, ada perasaan halus berputik di hati masing-masing. Bunga-bunga cinta mula berkembang. Apabila berjauhan, seorang merindu dan seorang lagi menanti kepulangan. Ah, itu cuma mainan perasaan! Mana mungkin mereka jatuh cinta?

Makin cuba ditepis perasaan kasih, makin ia bercambah di jiwa. Hardy akur, dia juga pernah putus cinta. Untuk menambat hati Raniya bukannya mudah. Gadis itu jinak-jinak merpati. Luaran nampak lembut, tetapi dalaman sangat keras hati.

Kelu lidah Raniya untuk berbicara tatkala lelaki itu berani mengucapkan kata sayang kepadanya. Dia boleh terima ucapan keramat itu, tetapi siapa Fasya di hati Hardy?

Itulah serba sedikit sinopsisnya.. kalau nak tahu lebih lanjut, beli dan baca lah sehingga habis.. babai kalian :)

Hang Out Time :D

Assalamualiakum dan selamat malam warga blogger..
Pejam celik pejam celik sudah pun masuk bulan Mei untuk tahun 2012 kan?
Begitu juga blog Eina yang dah nak masuk habuk ni..
Hari ni Eina hang out dengan rakan-rakan pejabat.. Pergi AEON Seremban 2.. Jalan-jalan tapi tujuan utama kami adalah untuk bermain bowling..


Hah gambar nak strike je kan.. Hakikatnya dalam dua game, 1 kali je yang strike tau.. Lebih menyedihkan second game markah menurun sangat.. Tulah padahnya bila lama tak mainkan?? hehe apa pun memang have fun lah kan.. Sampai duit pun terlebih gunakan, susah kalau dah dapat keluar ni.. Memang habis duit, korang pun mesti macam tu jugak kan? hehe :)

Bila dah habis main bowling apa lagi jalan-jalan lah dan makan-makan.. Tabiat eina sekarang setiap kali gaji akan beli 1 novel.. Kira sebulan 1 novel lah kan.. eina nak beli novel yang dah pernah baca pinjam dari novel kawan tapi adik eina suruh beli yang lain.. Hanya kerana dia baca sinopsis belakang novel tu.. Memang lah semua novel bestkan, tapi kena lah beli satu-satu kalau tak memang ranap lah duit :) Adik eina pun bukan baca sangat novel yang ada kat ruma, ada hati nak suh eina beli ikut citarasa dia tapi eina ikut jelah.. 


JUJUR AKU SETIA.. Inilah novelnya, dari sinopsis pun dah agak menarik tapi eina belum bekesempatan nak baca sebab sampai rumah tadi pon dah pukul 6.. Lepas update blog ni pun eina nak terus tido.. Kalau nak tahu sinopsis nya.. eina cuba update sebentar lagi ok.. Wassalam :)

Tuesday, April 24, 2012

Kerja malam

Assalamualaikum.. hai blogger !!
Tengah-tengah malam baru nak update kan.. Takpe lah sekadar mahu berkongsi sebelum tidur.. Malam ni lain dari malam-malam yang lain, yelah mana taknya si dia bekerja waktu malam.. ikut shift lah katakan..

Lainnya apa lagi kalau bukan jarang mcj or bbm, biasalah selalunya busy waktu siang dan malamnya luangkan masa dengan bermesej lah walaupun sekejap.. Tapi apa yang aku fikirkan lain dengan yang terjadi.. Bila aku online facebook ternyata ariff pun online jugak.. Hah apa lagi kena lah sekejap dengan dia sebab tulis status yg kurang senangkan hati dia.. "Maafkan sayang yer b"..

Status yang eina tulis ternyata buat dia rasa dan dia pun terus cakap nak mesej2 jer, tak kisah pun walaupun dia kadang2 balas lambat.. So nak or tak eina mesej jugak dengan dia walaupun sebenarnya eina tak nak ganggu dia kerja.. Maybe kerja waktu malam tak sama dgn waktu siang kot.. Kerja tak banyak so boleh lah bermesej2..

Yang tak mesejnya bila dia suruh eina buat apa yang perlu dan tidur cepat padahal dia bukan tidur pun.. (agaknya lah)... So eina pun kena lah tidur sekarang dan kepada ariff silalah kerja elok2 yer, yang paling penting jaga diri..

Assalam.. good night everyone :)

my only one.. ariff

Saturday, April 21, 2012

Kahwin? Belum tiba masanya..

Assalamualaikum.. hai blogger sekalian..
Dah lama tak update blog bucuk ni rasanya.. dah banyak sawang dah.. hehe (",) ook lah terus kepada topik untuk entri ni..

Eina ada tweet about masak and kawan eina pun reply lah tweet eina tu.. untung lah pandai masak katanya.. Pada eina masak tu semua orang perlu tahu lebih-lebih lagi pada perempuan.. Tapi ada sesetengah perempuan belum lagi boleh memasak.. eina juga macam tu, bukannya reti masak semua benda pun.. tu pun my mum ada sekali, kiranya eina just membantulah.. macam mana nak kahwin kalau tak reti masak kan..

Itu lah yg kawan eina ckp pada eina.. "Dah boleh kahwin dah eina :P".. haha nak tergelak rasanya.. Tak semestinya nak tunggu pandai masak baru nak kawin kan? kalau dah sampai masa tak kiralah pandai ke tak, tetap jugak akan kahwin.. masak, belajar lepas kahwin pun boleh.. semestinya suami akan tahu isteri mereka macam mana dan kenalah terina seadanyakan??

Kalau orang cakap eina pandai masak dan dah boleh kahwin.. pada eina belum lagi, tak sampai lagi seru bak kata orang.. hehe Bukannya apa masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.. kalau ada rezeki ingat mahu lanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi.. sekarang pun baru lepas habis study dan baru sahaja kerja dan mahu banyak hutang-hutang yang ada.. ( faham jelah kalau student mesti ada buat pinjaman kan? :P )..

So kalau nak kahwin wkatu sekarang pun belum lagi masanya.. yelah nak kena kumpul duit lagikan.. kahwin bukan perkara senang, banyak benda yang kena prepare.. lain lah kalau pihak lelaki dah sedia kan duit semua.. tak kisah kahwin sekarang or bila-bila pun.. ( sediakan duit maksudnya bukan tanggung semua perbelanjaan pihak perempuan yek, duit hantaran tu maksudnya :P )

Kepada kawan-kawanku, kalau cakap pasal kahwin boleh je tapi kalau nak kahwin belum lagilah.. hehe jangan risau kalau eina kahwin nanti eina akan jemput kawan-kawan yang mengenali eina.. InsyaAllah (^_^)..

sekian, wasalam


Wednesday, April 04, 2012

5 Syarat Dibenarkan Membuat Maksiat

Assalamualaikum.. !

Halu, halu my blogger friends.. untuk kali ni eina nak kongsikan sikit pasal artikel yg eina baca.. eina sgt tertarik bila baca the article.. 5 syarat dibenarkan membuat maksiat.. seperti kita tahu sekarang ramai yang sudah lalai akan suruhan dan larangan Allah kepada kita.. tapi kita hanya lah manusia yg tak pernah lepas dari melakukan kesilapan.. begitu juga eina.. maksiat kalau kita baca suratkhabar sekarang mesti banyak cerita budak kena rogol, culik dan sebagainya.. tu semua bukan kehendak diri sendiri mahupun sebaliknya..

so eina truskan jelah apa lima syarat itu yer.. 1. Jika kita mahu bermaksiat kepada Allah, jangan kita memakan rezekiNya.. 2. Jika kita mahu bermaksiat, jangan kita tinggal di bumiNya.. 3. Jika kita masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat olehNya.. 4.Jika malaikat maut datang mahu mencabut roh kita, katakan la kepadanya : Ketepikan kematianku dulu, aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.. Dan yg terkir iaitu 5. Jika malaikat Zabaniyah datang mahu mengiringi kita ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan kita ikut bersamanya..

Itulah 5 syarat dibenarkan jika kita mahu melakukan maksiat.. 'kita' dalam perkataan tersebut eina gunakan kerana merujuk kepada semua termasuk diri eina.. Tp apa yg eina baca adalah perbualan antara seorang lelaki dengan lelaki yglainnya.. benar atau tidak hanya Allah yg mengetaui.. mahu tahu lebih lanjut boleh lah ke laman web ni.. mediaserius.com supaya anda dapat gambaran tentang cerita ini..




moga2 apa yg eina konsikan ni akan bermanfaat pada semua dan juga diri eina sendiri.. eina juga seorang hamba Allah yg sering melakukan kesilapan.. jangan lah pula ada yg kata eina ni nak tunjuk baik dengan tulis cerita pasal ni.. yg baik semuanya datang dari Allah, yg cacat dan celanya dari diri eina sendiri... Sekian

Tuesday, April 03, 2012

For my Abah *_*

Assalamualaikum.. Salam rakan blogger sekalian..
Semalam 2 April 2012..
Merupakan Hari Lahir my lovely dad..

Selamat UlangTahun abah yg ke ehem2 !  

1 day Eina fikir apa yg boleh Eina beri kat abah Eina..
Tanya mak Eina pun jawapan tetap sama.. -.-
So bila dah keluar pandai2 lah nak beli ape..

And the end Eina belanja makan 
Mak Eina pula beli kan hadiah iaitu kasut 

ni hanya lah contoh tp sama bentuk seperti ni..

ni lah makanan yg Eina belanja..
4 snack plate..
untuk 4 orang ok bukan Eina makan sorang :)

Ada juga gambar2 sampingan tp secret la kan..
Sekali lagi Happy Birthday Abah..
Sekian la untuk kali ini..
bubye everyone ^_^ 



Sunday, April 01, 2012

Belajar Vs Kerja

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia for my blogger friends..
Apa kisah hari ini.. Mesti moody kan bagi mereka yang bekerja esok hari..
Itu pernah Eina rasakan sewaktu praktikal dulu..
Sekarang Eina dah abis praktikal tapi masih ada yang mengganggu fikiran ni..


Belajar & kerja??
Bila dah abis praktikal Eina akan sambung kerja di tempat sama..
Bak kata kawan2 Eina "Untanglah diserap terus"..
Eina kerja pun sementara waktu sebelum konvokesyen for diploma..
Tapi kalau dah kerja mesti susah nak tinggalkan..
Lebih2 lagi bila dah tetap kan..

Tapi Eina ada keinginan untuk belajar lagi..
Nak sambung degree supaya lagi mantap pengetahuan ni kan..
Bak kata orang 'kalau dah pegang duit tak pandang benda lain'..
Eina rasa tak semua orang macam tu..
Masing2 ada pandangan sendiri...

Boleh je kalau kita kerja dalam masa yang sama belajar..
Dua2 ada komitmentnya..
Belajar kena diutamakan juga sebab selagi kita hidup di dunia..
Jangan pernah berhenti untuk mencari ilmu..

So Eina akan cuba fikirkan lagi mana yang Eina rasa terbaik..
Dan tak lupa untuk sentiasa mohon kepada Tuhan..
Agar segalanya dipermudahkan..
Amin (",)