Sunday, May 06, 2012

Hang Out Time :D

Assalamualiakum dan selamat malam warga blogger..
Pejam celik pejam celik sudah pun masuk bulan Mei untuk tahun 2012 kan?
Begitu juga blog Eina yang dah nak masuk habuk ni..
Hari ni Eina hang out dengan rakan-rakan pejabat.. Pergi AEON Seremban 2.. Jalan-jalan tapi tujuan utama kami adalah untuk bermain bowling..


Hah gambar nak strike je kan.. Hakikatnya dalam dua game, 1 kali je yang strike tau.. Lebih menyedihkan second game markah menurun sangat.. Tulah padahnya bila lama tak mainkan?? hehe apa pun memang have fun lah kan.. Sampai duit pun terlebih gunakan, susah kalau dah dapat keluar ni.. Memang habis duit, korang pun mesti macam tu jugak kan? hehe :)

Bila dah habis main bowling apa lagi jalan-jalan lah dan makan-makan.. Tabiat eina sekarang setiap kali gaji akan beli 1 novel.. Kira sebulan 1 novel lah kan.. eina nak beli novel yang dah pernah baca pinjam dari novel kawan tapi adik eina suruh beli yang lain.. Hanya kerana dia baca sinopsis belakang novel tu.. Memang lah semua novel bestkan, tapi kena lah beli satu-satu kalau tak memang ranap lah duit :) Adik eina pun bukan baca sangat novel yang ada kat ruma, ada hati nak suh eina beli ikut citarasa dia tapi eina ikut jelah.. 


JUJUR AKU SETIA.. Inilah novelnya, dari sinopsis pun dah agak menarik tapi eina belum bekesempatan nak baca sebab sampai rumah tadi pon dah pukul 6.. Lepas update blog ni pun eina nak terus tido.. Kalau nak tahu sinopsis nya.. eina cuba update sebentar lagi ok.. Wassalam :)

No comments: