Saturday, April 21, 2012

Kahwin? Belum tiba masanya..

Assalamualaikum.. hai blogger sekalian..
Dah lama tak update blog bucuk ni rasanya.. dah banyak sawang dah.. hehe (",) ook lah terus kepada topik untuk entri ni..

Eina ada tweet about masak and kawan eina pun reply lah tweet eina tu.. untung lah pandai masak katanya.. Pada eina masak tu semua orang perlu tahu lebih-lebih lagi pada perempuan.. Tapi ada sesetengah perempuan belum lagi boleh memasak.. eina juga macam tu, bukannya reti masak semua benda pun.. tu pun my mum ada sekali, kiranya eina just membantulah.. macam mana nak kahwin kalau tak reti masak kan..

Itu lah yg kawan eina ckp pada eina.. "Dah boleh kahwin dah eina :P".. haha nak tergelak rasanya.. Tak semestinya nak tunggu pandai masak baru nak kawin kan? kalau dah sampai masa tak kiralah pandai ke tak, tetap jugak akan kahwin.. masak, belajar lepas kahwin pun boleh.. semestinya suami akan tahu isteri mereka macam mana dan kenalah terina seadanyakan??

Kalau orang cakap eina pandai masak dan dah boleh kahwin.. pada eina belum lagi, tak sampai lagi seru bak kata orang.. hehe Bukannya apa masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.. kalau ada rezeki ingat mahu lanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi.. sekarang pun baru lepas habis study dan baru sahaja kerja dan mahu banyak hutang-hutang yang ada.. ( faham jelah kalau student mesti ada buat pinjaman kan? :P )..

So kalau nak kahwin wkatu sekarang pun belum lagi masanya.. yelah nak kena kumpul duit lagikan.. kahwin bukan perkara senang, banyak benda yang kena prepare.. lain lah kalau pihak lelaki dah sedia kan duit semua.. tak kisah kahwin sekarang or bila-bila pun.. ( sediakan duit maksudnya bukan tanggung semua perbelanjaan pihak perempuan yek, duit hantaran tu maksudnya :P )

Kepada kawan-kawanku, kalau cakap pasal kahwin boleh je tapi kalau nak kahwin belum lagilah.. hehe jangan risau kalau eina kahwin nanti eina akan jemput kawan-kawan yang mengenali eina.. InsyaAllah (^_^)..

sekian, wasalam


No comments: